Masjid, surau, rumah di Melaka diminta adakan solat hajat – JAIM

Masa Membaca:37 Saat

AYER KEROH 6 Mei – Bermula esok, semua masjid, surau dan kediaman penduduk Islam di seluruh Melaka diminta untuk mendirikan solat sunat hajat berikutan peningkatan penularan pandemik COVID-19.

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat dalam satu kenyataannya malam ini berkata, solat hajat itu hendaklah dilaksanakan setiap kali selepas Solat Jumaat mulai esok sehinggalah wabak COVID-19 kembali pulih sepenuhnya.

“Marilah kita bersama-sama menunaikan solat sunat hajat, membaca Qunut Nazilah dan berdoa semoga Allah SWT mengangkat wabak COVID-19 dari negeri dan negara kita dengan rahmat dan pertolongan-Nya.

“Pastikan kita berusaha mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan dalam memutuskan rantaian COVID-19,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

897
Kongsi :
Previous post Tun Ariffin Zakaria dilantik Pengerusi Kumpulan PNB, Pemegan Amanah YPB
Next post Belanja RM30 hingga RM50 di Malakat Mall, percuma minyak masak
Ubah saiz-+=