Mumtaz Generation bantu anak-anak kurang bernasib baik
KRUBONG 6 Mei. – Mumtaz Generation International mengambil inisiatif menyalurkan sumbangan bernilai RM3,061.50 buat Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Harapan, Krubong baru-baru ini.
Pengarah Akademiknya Nor Elina Jalil berkata, sumbangan menerusi program Leader of Tomorrow Charity Fundraiser itu menjadi platform berkongsi rezeki bersama anak-anak kurang bernasib baik.
“Kita harap usaha ini dapat gembirakan anak-anak yang kurang bernasib baik selain memupuk sikap prihatin murid terhadap rakan lain.
“Saya yakin program sebegini dapat melatih anak-anak erti kesyukuran dan kebahagiaan dalam memberi atau berkongsi rezeki.
“Terima kasih juga kepada ibu bapa Mumtaz Generation yang sama-sama menyumbang dalam program ini,” katanya kepada MHI.
Hadir sama Pengurus Pusat Kebajikan Anak-Anak Harapan Krubong, Asmah Abd Rahman dan murid-murid.
Antara barang yang disampaikan seperti barangan makanan, lampin pakai buang, jam azan dan kelengkapan penjagaan diri termasuk sabun mandi dan syampu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
JKR MELAKA KENAL PASTI 4 JALAN ‘HOTSPOT’ BANJIR KILAT
AYER KEROH 27 November - Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka telah mengenal pasti empat jalan 'hotspot' banjir kilat di negeri...
PSSGM ANGKAT MARTABAT SENI, SUKAN SILAT DI MELAKA
PANTAI KUNDOR 27 November - Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) Bahagian Negeri Melaka telah mengadakan Majlis Pertabalan Sandang Kebesaran...
‘LEBIH YAKIN UNTUK AMBIL GAMBAR, VIDEO SENDIRI’
ASAHAN 27 November - Selain tampil lebih yakin untuk beraksi di hadapan kamera, program Digital Creator Masterclass (Edisi Jelajah Melaka)...
BAZAR AIDILFITRI JALAN HANG TUAH ‘PINDAH’ KE BAZAR IKONIK BANDA HILIR
AYER KEROH 27 November - Bazar Ramadan ikonik di Banda Hilir yang bakal menjadi satu lagi produk pelancongan baharu Melaka...
TIGA NELAYAN NYARIS LEMAS BOT TERBALIK DI PANTAI BACHOK
KOTA BHARU 26 November - Tiga nelayan nyaris lemas selepas bot dinaiki mereka terbalik dibadai ombak, kira-kira 200 meter dari...
JBPM TERIMA WATIKAH PELANTIKAN ILB KEBOMBAAN
AYER KEROH 26 November - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) secara rasminya tersenarai sebagai 28 agensi Badan Peneraju Industri...