Bayi perempuan maut terjatuh dari tingkat 3
KUALA LUMPUR 4 Mei. – Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan maut selepas terjatuh dari tingkap bilik di tingkat tiga kediaman keluarganya di Pangsapuri Sri Aman, Jalan Aman Putra, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, hasil laporan bedah siasat oleh Unit Forensik Hospital Selayang mendapati kematian bayi berkenaan berpunca daripada kecederaan parah di bahagian kepala akibat jatuh dari tempat tinggi.
Beliau berkata pemeriksaan terhadap rumah yang didiami mangsa di tingkat tiga berkenaan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kes ini.
“Mangsa dikatakan sedang bermain bersama seorang kakak, dua abang dan tiga sepupunya yang berusia lingkungan dua hingga 14 tahun di atas katil bahagian atas bersebelahan dengan tingkap bilik pertama rumah sebelum terjatuh kira-kira jam 2 petang,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Katanya, keberangkalian mangsa terjatuh ketika bermain kerana tingkap di dalam bilik tersebut tidak mempunyai pagar dan katil diletakkan di tengah tingkap tanpa sebarang halangan.
Beh berkata mangsa telah dibawa ke Hospital Selayang dan disahkan meninggal dunia di Unit Kecemasan oleh pegawai perubatan.
Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
POLIS BERKAS EMPAT LELAKI DISYAKI TERLIBAT KEGIATAN SAMUN DI SERI ISKANDAR
IPOH 22 Disember - Empat lelaki diberkas polis tidak sampai 24 jam selepas disyaki terlibat dalam kegiatan samun di kawasan...
KANAK-KANAK MAUT, MOTOSIKAL DINAIKI EMPAT BERANAK TERLIBAT KEMALANGAN
BATU PAHAT 22 Disember - Seorang kanak-kanak berusia empat tahun maut manakala bapa dan dua lagi kanak-kanak cedera selepas motosikal...
DUA NELAYAN HILANG DITEMUKAN SELAMAT DI PERAIRAN INDONESIA
GEORGE TOWN 22 Disember - Dua nelayan yang dilaporkan hilang selepas bot dinaiki mereka hanyut di perairan Kerachut, Kuala Sungai...
MINDEF TIDAK BERCADANG PERKENAL MODEL ELAUN KEPADA PLKN 3.0
ALOR GAJAH 20 Disember - Kementerian Pertahanan (MINDEF) tidak bercadang untuk memperkenalkan model elaun kepada peserta Program Latihan Khidmat Negara...
PESARA RUGI LEBIH RM134,000 TERPERDAYA PELABURAN TIDAK WUJUD DI TIKTOK
KUANTAN 20 Disember - Seorang pesara wanita mengalami kerugian lebih RM134,000 selepas terperdaya dengan sindiket pelaburan tidak wujud yang diiklankan...
BANJIR: LELAKI BINA PONDOK ATAS POKOK SEBAGAI TEMPAT PERLINDUNGAN SEMENTARA
PASIR MAS 17 Disember - Seorang lelaki mengambil inisiatif membina pondok di atas pokok di hadapan rumahnya di Kampung Kubang...