Sorting by

×

160 penjawat 10 Briged Para meriahkan Ihya Ramadan

Masa Membaca:50 Saat

SUNGAI UDANG 3 Mei – Seramai 160 penjawat awam yang bertugas di Markas 10 Briged Para, Kem Terendak memeriahkan Program Ihya Ramadan Sesuci Ramadan Mu, di sini hari ini.

Ketua Staf Markas 3 Divisyen, Kolonel Abdul Karim Ahmad dalam ucapannya berkata program seumpama itu dapat menyuntik keberkatan dalam kalangan penjawat awam di markas berkenaan untuk memperbanyakkan ilmu ibadah pada bulan Ramadan.

Katanya, beliau turut mengajak semua kakitangan supaya mengambil peluang dalam 10 hari terakhir Ramadan ini dengan memperhambakan diri kepada Allah S.W.T.

“Gunakan kesempatan yang ada untuk meningkatkan amalan seperti bersedekah, bertadarus, qiamullail dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim pada sambutan program berkenaan di Kem Terendak Sungai Udang di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Melaka, Muzafar Abd Rahim.

Terdahulu, program berkenaan diisi dengan ceramah yang bertajuk Andai Ini Ramadan Terakhir Bagiku disampaikan oleh Ustaz Mohd Fadly Samin.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

897
Kongsi :
Previous post 40 qari, qariah berentap gelaran johan tilawah Al-Quran
Next post KDN Komited pastikan kekuatan PDRM dipertingkat dari semasa ke semasa
Ubah saiz-+=