40 qari, qariah berentap gelaran johan tilawah Al-Quran

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

BUKIT PALAH 3 Mei – Seramai 64 peserta berentap bagi merebut gelaran juara Tilawah Al-Quran Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) bersama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) ke-11 kali ini.

Pemangku Setiausaha Agung DMDI Hazalen Talib berkata, bagaimanapun hanya 40 peserta terbaik terdiri dari qari dan qariah akan dipilih bagi memasuki peringkat akhir.

“Kali ini sebanyak 13 negara anggota DMDI terlibat antaranya Bosnia Herzegovina, Kemboja, Afrika Selatan, Mauritius, Indonesia dan lain-lain.

“Umur paling muda adalah 18 tahun qari lelaki dari Indonesia dan 55 tahun yang juga qari lelaki dari Indonesia,” katanya kepada MHI di Masjid Al-Azim hari ini.

Pemangku Setiausaha Agung DMDI Hazalen Talib.

Jelasnya, penganjuran tilawah itu merupakan aktiviti tahunan DMDI bersama 22 negara anggota DMDI.

“Namun rentetan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kali ini kita anjurkan secara virtual bagi perserta tilawah ini.

“Setiap tahun penyertaan mereka sangat menggalakkan, tahun lepas sahaja seramai 70 peserta yang mengikuti tilawah ini,” katanya.

Tambahnya, johan tilawah akan menerima wang tunai bernilai RM5,000 beserta sijil penyertaan yang akan disampaikan Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali Rustam disaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali esok.

Hadir sama Pemangku Presiden DMDI Prof Datuk Wira Dr Mohd Jamil Mukmin.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

715
Kongsi :
Previous post Acryl Sani mahu PDRM teruskan perjuangan yang belum tamat
Next post 160 penjawat 10 Briged Para meriahkan Ihya Ramadan
Ubah saiz-+=