Sorting by

×

Remaja lelaki lemas terjatuh di laut selepas menjaring

Masa Membaca:57 Saat

SEREMBAN 2 Mei. – Seorang remaja lelaki ditemukan lemas akibat terjatuh ke dalam laut selepas membantu bapa saudaranya memasang jaring di Pangkalan Kuala Lukut Kecil, Port Dickson dekat sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson Mohd Hairul Izam Mazelan berkata, remaja berusia 16 tahun itu ditemukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang dan PPDA Jempol kira-kira 12.35 tengah hari tadi.

Menurutnya, mangsa yang hanya berseluar pendek itu ditemukan timbul di permukaan air kira-kira 50 meter dari tempatnya dilaporkan terjatuh.

“Seramai 26 anggota digerakkan ke lokasi kejadian bersama empat bot penyelamat dan empat kayak sejurus menerima laporan awal daripada bapa saudaranya, M. Narianasamy yang menaiki bot bersama remaja itu kira-kira jam 6.15 petang semalam.

“Maklumat awal mendapati mangsa bersama bapa saudaranya memasang jaring di perairan berkenaan semalam kira-kira 3 petang, bagaimanapun, ketika dalam perjalanan pulang mangsa terjatuh,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata operasi pencarian yang bermula semalam ditamatkan pada 1.16 tengah hari tadi.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

634
Kongsi :
Previous post Katil sedia ada masih mencukupi untuk pesakit COVID-19 di HM
Next post Wanita UMNO Masjid Tanah khatam al-Quran
Ubah saiz-+=