
RM162.88 juta hutang berjaya dikurangkan
AYER KEROH 1 Julai – Kerajaan Negeri Melaka berjaya mengurangkan hutang Kerajaan Persekutuan berjumlah RM162.88 juta setakat 6 Jun 2020.
Ketua Menteri, Datuk Haji Sulaiman Md Ali berkata, perkara itu dapat dicapai hanya dalam tempoh singkat, berkat pelbagai usaha yang dilakukan kerajaan negeri yang baru sahaja berkhidmat pada 9 Mac lalu.
“Sepanjang tempoh 9 Mac hingga 6 Jun 2020, kita juga berjaya mengurangkan hutang Kerajaan Negeri Melaka kepada Kerajaan Persekutuan, berjumlah RM162.88 juta.
“Sebenarnya, banyak lagi yang ingin saya kongsi di sini. Namun, mana yang tidak disebut, silalah rujuk kepada risalah pencapaian 100 hari Kerajaan Negeri Melaka,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan Majlis Amanat Ketua Menteri di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini.
Terdahulu, Sulaiman turut memberitahu kerajaan negeri dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) turut membantu menyampaikan bantuan makanan bulanan, bantuan bulanan bank, bantuan tunai bulanan, bantuan makanan kecemasan, bantuan petugas barisan hadapan, Bantuan Pusat Kuarantin (CReATE), bantuan sukarelawan asnaf, fakir, miskin dan mualaf, bantuan peniaga kecil/penjaja kepada semua rakyat yang susah serta layak untuk dibantu.
Jelasnya, keseluruhan inisiatif Kerajaan Melaka dan MAIM itu melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM28.17 juta.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
