
Lelaki dikuatiri lemas, lori terjunam dalam Sungai Perai
BUTTERWORTH 28 April. – Seorang pemandu lori dikhuatiri lemas selepas lori dipandunya terjunam ke dalam Sungai Perai, dalam kejadian berhampiran sebuah kilang gula di Kampung Manis di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada 7.10 malam.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup di kawasan berkenaan, lori tipper 10 tan diletakkan di situ sebelum mangsa yang dikenal pasti sebagai K. Palaniappan, 66, datang dan menaiki lori itu yang kemudian bergerak dan terus terjunam ke dalam sungai, katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilancarkan oleh pihak bomba gagal menemukan mangsa di dalam lori berkenaan, dan dipercayai lelaki tersebut telah tercampak keluar serta dihanyutkan arus.
Sementara itu jurucakap Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata operasi SAR diteruskan pagi ini dengan disertai oleh Pasukan Penyelamat di Air.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA DESTINASI SUKAN DAN WARISAN
TANJUNGÂ BIDARA 13 April - Penganjuran sukan memanah tradisional mampu memperkenalkan lagi Melaka sebagai destinasi sukan dan warisan, sekali gus...
LORI ALAMI MASALAH BREK, LANGGAR 15 KENDERAAN
SEPANG 13 April - Sebuah lori melanggar 15 kenderaan lain di jalan susur turun dari Plaza Tol Serenia menghala ke...
PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT TERBABAS, PEJALAN KAKI DILANGGAR KERETA KETIKA BERI BANTUAN
JOHOR BAHRU 13 April - Seorang lelaki Myanmar maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas manakala penjalan kaki yang cuba memberi...
RAYA MERIAH, HARMONI DI KLEBANG
KLEBANG 13 April - Walaupun berlangsung dalam cuaca hujan lebat, Majlis Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang di perkarangan...
79 PROGRAM WARNAI WRUR LENDU 18-31 MEI DEPAN
LENDU 13 April - Sebanyak 79 program disusun bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu...
PELUNCURAN TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 DI MELAKA PADA SEPTEMBER
TELOK MAS 13 April - Majlis Peluncuran Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM 2026) di Melaka akan diadakan pada September depan,...