
Penjawat awam Melaka dapat bantuan khas RM500
AYER KEROH 1 Jul – Penjawat awam Kerajaan Negeri Melaka bakal menerima bantuan khas berjumlah RM500.
Ketua Menteri, Datuk Haji Sulaiman Md Ali berkata, bantuan tersebut akan diberikan pada akhir Julai dan boleh digunakan sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidiladha.
“Saya baca dalam media sosial, saya dengar rungutan sana sini. Ada orang Melaka beritahu saya, kerajaan persekutuan dah bagi masa Raya Puasa, Kerajaan Negeri Melaka bila lagi?
“Saya faham. Walaupun cakap dia tu macam kahau (kasar) sikit. Macam inilah, yang baik elok disegera, yang ditunggu sudah pun tiba.
“Bagi menghargai jasa dan penat lelah para penjawat awam khususnya frontliners, saya mengumumkan, bantuan khas kepada semua penjawat awam Kerajaan negeri Melaka berjumlah RM500 yang akan dibayar pada akhir Julai ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan Majlis Amanat Ketua Menteri di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, di sini, sebentar tadi.
Views:
Related
Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...