Sorting by

×

LTAT lancar aplikasi MyWIRA mudahkan urusan pencarum

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

KUALA LUMPUR 26 April. – Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) hari ini melancarkan aplikasi MyWIRA bagi memudahkan pencarumnya berurusan dengan LTAT secara dalam talian.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengenalan aplikasi itu merupakan langkah mendekati pencarum LTAT dan berharap ia dimanfaatkan sepenuhnya.

“Saya menyeru semua pencarum LTAT sama ada pencarum wajib ataupun pencarum sukarela untuk menggunakan sepenuhnya perkhidmatan ditawarkan LTAT ini seperti melihat makluman akaun caruman, memeriksa status permohonan pengeluaran dan lain-lain akses maklumat yang disediakan.

“Dengan kemudahan melalui aplikasi MyWIRA ini, pencarum LTAT mempunyai alternatif mudah untuk tidak perlu hadir ke kaunter pejabat, menggunakan kemudahan e-Kiosk ataupun melalui laman sesawang LTAT,” katanya pada Majlis Pelancaran Aplikasi MyWIRA di Wisma Pertahanan, di sini, hari ini.

ISMAIL Sabri (kiri) mencuba aplikasi MyWIRA sambil diperhatikan Affendi (tengah) dan Dr Mohd Zahidi (kanan) pada Majlis Pelancaran Aplikasi MyWIRA di Wisma Pertahanan, di sini, hari ini. Foto-FB MINDEF.

Ismail Sabri berkata aplikasi terbabit boleh dimuat turun menerusi ‘Google Play’ bagi telefon ‘Android’ dan di ‘App Store’ bagi mereka yang menggunakan produk ‘Apple iPhone’.

Sementara itu, Pengerusi LTAT Jeneral (B) Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin berkata, pihaknya menyasarkan 80 peratus pencarum akan mendaftar sehingga April tahun depan dan akan pergi ke kem-kem di seluruh negara untuk menggalakkan lebih ramai pencarum menggunakan aplikasi itu.

MyWIRA adalah aplikasi direka khas untuk kemudahan dan keselesaan pencarum antaranya mengakses caruman, memerika status permohonan pengeluaran caruman, dan pengaksesan kepada maklumat mengenai akaun unit amanah.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Affendi Buang, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany dan Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

714
Kongsi :
Previous post Warga emas ceria huni rumah baharu
Next post Perkeliling kecualikan guru, pelajar bergejala hadir ke sekolah
Ubah saiz-+=