
APMM tahan dua bot, 19 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara
MERSING 26 April. – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua bot nelayan Vietnam bersama 19 kru termasuk tekong kerana disyaki menceroboh perairan negara untuk menangkap ikan di kedudukan 10 batu nautika timur laut dari Pulau Pemanggil, awal pagi Ahad.
Pengarah Zon Maritim Mersing Komander Maritim Khairul Nizam Misran berkata, kedua-dua bot berkenaan ditahan pada kira-kira 2 pagi dalam satu operasi bersepadu bersama Pasukan Polis Marin dan Jabatan Perikanan Malaysia.
“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua mereka yang berumur antara 18 dan 52 tahun itu gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.
“Justeru, bot dan tahanan terbabit akan dibawa ke jeti APMM Pos Teluk Gading bagi siasatan lanjut selain menjalani ujian saringan COVID-19 sebagai langkah berwaspada dalam membendung penularan wabak itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Khairul Nizam berkata kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana menceroboh dan menangkap ikan tanpa kebenaran Pengarah Perikanan Malaysia dan Akta Imigresen 1959/1963 kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA LONJAK POTENSI PELAJAR PENDIDIKAN KHAS
BANDARAYA MELAKA 23 April - Lebih 5,500 murid dan pelajar Sekolah Pendidikan Khas Negeri Melaka menyertai Karnival Bakat dan Kebolehpasaran...
‘RAYA DULU-DULU’ TEMA RUMAH TERBUKA AGENSI AGAMA ISLAM MELAKA
PENGKALAN BATU 23 April - Menjelang Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Agensi Agama Islam Negeri Melaka Tahun 1446H/2025 yang akan...
136 TASKA DI MELAKA DIPASANG PLAK TASKA BERDAFTAR
MELAKA, 23 April - Sebanyak 136 taman asuhan kanak-kanak (taska) di Melaka yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat...
PERZIM PROMOSI MAKANAN TRADISIONAL MELAKA KEPADA PELANCONG ASING
BANDA HILIR 23 April - Suasana meriah sambutan Aidilfitri terus dirasai apabila Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengadakan rumah terbuka Aidilfitri...
ANUGERAH MELAKA MEMBACA DILANCARKAN
PENGKALAN BATU 23 April - Anugerah Melaka Membaca yang diperkenalkan Kerajaan Negeri adalah penghargaan kepada mereka yang menjadikan pembacaan sebagai...
LOJI AIR JUS MULA DIBINA MEI 2025
ASAHAN 23 April - Masalah tekanan air rendah yang membelenggu masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bakal berakhir apabila...