
Rasuah: Pengarah GLC bebas dengan jaminan SPRM
IPOH 26 April. – Seorang pengarah sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang direman bagi membantu siasatan salah guna kuasa sejak 21 April lalu, dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Noor Azna Tajul Anuar membenarkan lelaki berusia 50 tahun itu dibebaskan dengan jaminan RM20,000 dan seorang penjamin.
Lelaki itu kemudian dibebaskan kira-kira pukul 11 pagi di Mahkamah Majistret di sini selepas membayar wang jaminan tersebut .
Lelaki berkenaan didakwa melantik sebuah syarikat untuk menjalankan kerja-kerja di GLC berkenaan berjumlah RM95,000 yang beliau sendiri mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut.
Sebelum ini, pengarah GLC itu direman selama enam hari sejak 21 April lalu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA LONJAK POTENSI PELAJAR PENDIDIKAN KHAS
BANDARAYA MELAKA 23 April - Lebih 5,500 murid dan pelajar Sekolah Pendidikan Khas Negeri Melaka menyertai Karnival Bakat dan Kebolehpasaran...
‘RAYA DULU-DULU’ TEMA RUMAH TERBUKA AGENSI AGAMA ISLAM MELAKA
PENGKALAN BATU 23 April - Menjelang Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Agensi Agama Islam Negeri Melaka Tahun 1446H/2025 yang akan...
136 TASKA DI MELAKA DIPASANG PLAK TASKA BERDAFTAR
MELAKA, 23 April - Sebanyak 136 taman asuhan kanak-kanak (taska) di Melaka yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat...
PERZIM PROMOSI MAKANAN TRADISIONAL MELAKA KEPADA PELANCONG ASING
BANDA HILIR 23 April - Suasana meriah sambutan Aidilfitri terus dirasai apabila Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengadakan rumah terbuka Aidilfitri...
ANUGERAH MELAKA MEMBACA DILANCARKAN
PENGKALAN BATU 23 April - Anugerah Melaka Membaca yang diperkenalkan Kerajaan Negeri adalah penghargaan kepada mereka yang menjadikan pembacaan sebagai...
LOJI AIR JUS MULA DIBINA MEI 2025
ASAHAN 23 April - Masalah tekanan air rendah yang membelenggu masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bakal berakhir apabila...