
Merusuh tak dapat sambut Aidilfitri
KOTA KINABALU 25 April – Sekumpulan tahanan yang ditempatkan di Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Manggatal di sini merusuh pagi tadi dipercayai kerana tidak dapat pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut Aidilfitri.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata siasatan awal mendapati insiden itu hanya berlaku di sebuah blok depoh berkenaan dan tiada kecederaan atau kejadian tahanan melarikan diri.
“Keadaan dapat dikawal selepas pasukan Unit Tempur Ringan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu dikerah ke lokasi kejadian.
“Ini bukan kejadian pertama kerana pada tahun 2015, iaitu dua hari sebelum Hari Raya, kejadian sama berlaku,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata polis masih menyiasat kejadian itu termasuk tahanan yang terlibat.
Katanya penghantaran pulang tahanan imigresen ke negara asal ketika ini berdepan kekangan akibat COVID-19.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JENAZAH PAK LAH DIBAWA KE MASJID NEGARA PAGI ESOK
KUALA LUMPUR, 14 April - Orang ramai yang ingin memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad...
TUN ABDULLAH MENINGGAL DUNIA
KUALA LUMPUR, 14 April - Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada...
PETUGAS SEKOLAH HILANG, ANAK PEREMPUAN LEMAS SELEPAS KERETA DIHANYUTKAN ARUS DERAS
MIRI 14 April - Seorang pembantu pengurusan murid Sekolah Kebangsaan Long Jekitan di Baram dekat sini hilang, manakala anak perempuannya...
KERTAS SIASATAN KES BULI PELAJAR MRSM DIHANTAR KE TIMBALAN PENDAKWA RAYA
KEPALA BATAS 14 April - Kertas siasatan berhubung kes sekumpulan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Nibong Tebal di...
SUSPEK KES CULIK REMAJA 16 TAHUN MAUT DITEMBAK DI KLANG
SHAH ALAM 14 April - Seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes culik membabitkan remaja berusia 16 tahun maut dalam kejadian...
PENIAGA BURGER DIPENJARA TUJUH BULAN KERANA LARIKAN GADIS OKU
MELAKA 11 April - Seorang peniaga burger dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini,...