
Serpihan KRI Nanggala 402 ditemui
JAKARTA, 24 April – Beberapa serpihan dan barangan dipercayai komponen kapal selam KRI Nanggala 402 milik Angkatan Laut Tentera Indonesia (TNI) yang hilang Rabu lepas serta kesan tumpahan minyak ditemukan di perairan Bali.
Panglima TNI Hadi Tjahjanto dalam sidang media yang disiarkan menerusi youtube rasmi TNI (Puspen TNI) berkata dasar laut lokasi penemuan serpihan, barangan dan kesan tumpahan minyak itu pada kedalaman 850 meter.
Hadi Tjahjanto berkata kapal berkenaan yang diletakkan “submissed” sebelum ini atau terputus hubungan, kini diletakkan “menuju fasa tenggelam” (subsunk).
“Awal pagi tadi (jam 3 pagi) adalah batas akhir live support berupa ketersediaan oksigen di (kapal) Nanggala selama 72 jam, (oksigen kapal yang boleh bertahan selepas dilaporkan hilang dan dipercayai “blackout”),” katanya.
Antara barangan yang ditemukan pasukan pencari ialah bekas pelaras torpedo, paip pendingin, botol berwarna jingga dan sejadah.
KRI Nanggala 402 yang membawa 53 kru, dilaporkan terputus hubungan jam 4.25 pagi Rabu ketika dalam misi latihan penembakan torpedo, yang turut disertai 21 kapal TNI yang lain bersama lima pesawat tempur serta satu lagi kapal selam yang lain.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...
MENARA TAMING SARI KEKAL DINAMIK SELEPAS 17 TAHUN
BANDA HILIR 17 April - Selepas 17 tahun ditubuhkan reputasi Menara Taming Sari sebagai ikon pelancongan utama Melaka perlu dikekalkan...
TAMAN TEMA SALJI MERCU PELANCONGAN BAHARU MELAKA
AYER KEROH 17 April - Taman Tema Salji yang pertama di Malaysia kini beroperasi di Melaka, sekali gus menjadi satu...
TAHUN MELAWAT MELAKA 2.0 DILANCARKAN HUJUNG TAHUN INI
AYER KEROH 17 April - Kerajaan Negeri akan melancarkan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2.0 pada 31 Disember depan, kata Ketua...
MAIM SEDIA SUMBANGAN UNTUK MUALAF MELAKA TUNAI HAJI
KESIDANG 17 April - Mualaf di Negeri Melaka yang terpilih menunaikan ibadah haji pada tahun ini dipelawa memohon Sumbangan Menunaikan...