Sorting by

×

Waris mendiang Keng Tong dicari

Masa Membaca:36 Saat

PENGKALAN BATU 30 Jun – Hospital Melaka (HM) memohon orang ramai membantu mengesan waris bagi  seorang pesakit warga emas yang telah meninggal dunia dan tidak dituntut keluarga hampir seminggu lalu.

Menerusi kenyataan dikeluarkan hospital terbabit, warga emas lingkungan 60-an dikenali Lim Keng Tong telah dimasukkan ke Jabatan Kecemasan dan Trauma pada 23 Jun lalu sekitar jam 9 malam dan telah meninggal dunia pada jam 1.35 pagi disebabkan jangkitan kuman.

“Menerusi dokumen pengenalan diri mendiang menetap di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, namun sehingga hari ini masih belum ada waris yang hadir ke hospital ini.

“HM memohon kerjasama orang ramai bagi membantu mengesan waris mahupun kenalan rapat mendiang dan boleh menghubungi di Unit Perhubungan Awam HM di talian 06-2892344.

Views:

363
Kongsi :
Previous post Luluh hati rumah hangus dijilat api
Next post Warga asing tidak mengaku buang bayi
Ubah saiz-+=