Cucu ugut bunuh nenek
JOHOR BAHRU 23 April. – Seorang lelaki yang mengugut untuk membunuh neneknya sendiri menggunakan pisau gara-gara tidak mendapat wang seperti diminta ditahan polis di Kampung Batu 16, Sungai Tiram, Ulu Tiram, di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, lelaki berusia 23 tahun itu didakwa melakukan ugutan tersebut ketika neneknya berada dalam rumah pada 6 petang.
“Dia datang ke rumah dalam keadaan marah kerana tidak diberikan wang seperti diminta sambil mengacukan sebilah pisau dan mengugut akan menyembelih mangsa jika tidak memberikan wang.
“Kerana ketakutan, mangsa yang berusia 75 tahun telah melarikan diri ke rumah jiran untuk meminta pertolongan sebelum jirannya menghubungi polis,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mohd Sohaimi berkata susulan laporan itu, polis telah pergi ke rumah berkenaan dan membuat tangkapan ke atas lelaki terbabit pada 12.05 tengah malam, serta merampas sebilah pisau berukuran 24 sentimeter (cm) panjang.
“Hasil semakan lampau mendapati cucu nenek berkenaan penganggur dan mempunyai tiga rekod jenayah dan dua rekod berkaitan dadah.
“Dia kini ditahan reman selama empat hari mulai hari ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA TAWAR DIRI JADI TUAN RUMAH KEJOHANAN RALI ASIA PASIFIK
ASAHAN 21 Disember - Melaka sedia menjadi tuan rumah Kejuaraan Rali Asia Pasifik (APRC) pada tahun hadapan bersempena Hari Pelancongan...
MIHF’24: ANGKAT MARTABAT ‘FESYEN SANTUN’
AYER KEROH 21 Disember - Melaka International Halal Festival (MIHF) 2024 menjadi medan buat pereka fesyen melebarkan rekaan busana fesyen...
IKAN APA JUARA DI TASIK AYER KEROH ESOK?
AYER KEROH 21 Disember - Ratusan kaki pancing bakal berkampung di Tasik Ayer Keroh, di sini, bersempena Cabaran Joran Melaka...
BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIM AMAT BERMAKNA
BUKIT KATIL 21 Disember - "Tanpa bantuan persekolahan ini memang sukar dan buntu untuk kami kumpul wang membeli kelengkapan serta...
LEBIH BANYAK NASKHAH AGUNG DIPENTASKAN
AYER KEROH 21 Disember - Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka menterjemahkan naskhah karya agung yang diiktiraf Pertubuhan Pendidikan,...
SEKTOR HALAL LONJAK NAMA MELAKA DI PENTAS GLOBAL
AYER KEROH 21 Disember - Melaka mahu untuk terus kukuh di pentas global sebagai sebuah Hab Halal Antarabangsa dengan sasaran...