Sorting by

×

“Caj gunting rambut naik, demi keselamatan pelanggan”

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat
RAMESH

AYER LIMAU 30 Jun – Caj perkhidmatan gunting rambut terpaksa dinaikkan bagi menampung perbelanjaan kos peralatan sanitasi pakai buang, demi keselamatan pelanggan.

Menurut seorang peniaga, T. Ramesh , 30, perkara itu tidak dapat dielakkan, memandangkan dia perlu melindungi dirinya dan pelanggan dari dijangkiti Covid-19.

Beliau bagaimanapun memahami kewangan pelanggan, dan tidak mengenakan caj yang melampau, iaitu hanya RM2 kenaikan kepada RM12 bagi seorang pelanggan.

Dengan harga berkenaan katanya, pelanggan akan dibekalkan dengan set plastik pelindung badan termasuk kolar pakai buang, semburan pembasmi kuman serta pelbagai lagi sebagai langkah berhati-hati.

Set terbabit akan terus dibuang katanya, malah setiap kali selesai menggunting rambut pelanggan , pihaknya akan menyapu lebihan rambut yang dipotong sebagai antara syarat Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu diikuti.

“Malah, semburan cecair kuman akan dilakukan setiap kali selesai menggunting rambut pelanggan dan kami akan pastikan setiap ruangan disembur terutama di kerusi yang diduduki pelanggan.

“Setiap pekerja yang bertugas juga akan memastikan langkah keselamatan yang perlu diambil termasuk pemakaian sarung tangan, plastik pelindung badan, pelindung muka serta pelitup muka,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini (MHI), baru-baru ini.

Tambahnya, pemberitahuan mengenai kenaikan kos perkhidmatan itu akan diberitahu kepada pelanggan sebelum memasuki kedai.

“Ia bagi memastikan pelanggan jelas dengan kenaikan harga kerana kos bekalan terutama plastik meningkat.

“Malah rata-rata memahami keadaan yang berlaku buat masa ini demi keselamatan mereka terjamin,” katanya.

Views:

347
Kongsi :
Previous post AlifD wakili MU ke eMFL
Next post Luluh hati rumah hangus dijilat api
Ubah saiz-+=