
Dua kediaman musnah terbakar
Kuala Lumpur: Dua unit kediaman di tingkat 12 sebuah kondominium di Bukit OUG, Bandar Bukit Jalil di sini, musnah dalam kebakaran malam tadi, lapor Harian Metro.
Kejadian bagaimanapun tidak membabitkan mangsa dengan kediaman pertama dianggarkan mengalami kemusnahan 90 peratus, manakala yang kedua terbakar 60 peratus.
Dilaporkan panggilan kecemasan diterima Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur melalui talian Mers 999 pada jam 9.14 malam.
Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Mohamad Hafidz Yaacob dilapor berkata, sejurus menerima panggilan kecemasan itu, jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jalil dibantu BBP Jalan Hang Tuah, BBP Sri Petaling, BBP Seputeh dikejarkan ke lokasi kejadian membabitkan kekuatan 45 anggota.
Katanya, setibanya jentera di lokasi kejadian pada 9.23 malam mendapati kebakaran berlaku di tingkat 12 membabitkan dua unit kediaman.
“Anggota bomba menggunakan teknik ‘attacking’ dan ‘offensive fire fighthing’ bagi memadam kebakaran itu.
“Kebakaran dapat dikawal pada 10.10 malam dan padam sepenuhnya pada 10.31 malam. Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya dalam laporan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...