Sorting by

×

AlifD wakili MU ke eMFL

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

ALIF Dani Noor Badarrudin atau lebih dikenali sebagai AlifD bakal membawa nama Melaka United (MU) dalam kejohanan Sukan Elektronik Liga Malaysia (eMFL) yang bermula esok (1 Julai).

Menurut satu kenyataan Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), pemilihan AlifD bertepatan memandangkan dia merupakan seorang pemain berpengalaman dalam FIFA eSports di negara ini.

“AlifD mula bermain permainan elektronik FIFA secara kompetitif sejak berusia 14 tahun dan pengalamannya selama beberapa tahun dalam sukan ini telah menjadikannya sebagai antara pemain yang memiliki taktikal dan teknikal terbaik di negara ini.

“AlifD bukan nama asing setelah berjaya melakar nama dalam beberapa kejohanan FIFA utama di dalam dan luar negara dan bertekad mencapai kejayaan yang lebih besar sebagai atlet esport FIFA,” kata kenyataan tersebut.

Untuk rekod eMFL yang bermula 1 hingga 10 Julai ini merupakan kejohanan e-sukan anjuran Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam usaha merancakkan kembali musim Liga Malaysia yang sebelum ini tergendala akibat penularan pandemik Covid-19.

Musim 2020 ini, eMFL menampilkan kelainan dengan menyaksikan format liga timbal balik (home/away) di samping kesemua pemain bakal bertemu antara satu sama lain bagi melengkapkan 22 perlawanan liga setiap pemain.

Para penyokong boleh menonton perlawanan -perlawanan eMFL yang akan bersiaran langsung di laman Facebook eMFL di pautan https://www.facebook.com/eMFLmy/ bermula pada jam 8.45 malam pada setiap hari perlawanan.

Views:

483
Kongsi :
Previous post Ugut bunuh ibu, peniaga dihadapkan ke mahkamah
Next post “Caj gunting rambut naik, demi keselamatan pelanggan”
Ubah saiz-+=