Sorok ‘pump gun’, peluru di hospital, dua pengawal keselamatan ditahan

Masa Membaca:56 Saat

ALOR GAJAH 22 April – Dua pengawal keselamatan ditahan polis selepas dipercayai menyimpan tiga laras ‘pump gun’ dan peluru di Hospital Alor Gajah, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, kedua-dua suspek lelaki berusia 30 dan 34 tahun itu ditahan kira-kira jam 5 petang oleh sepasukan polis dari Bahagian Perlesenan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.

Menurutnya, penahanan susulan pemeriksaan polis di ruang memunggah Hospital Alor Gajah menemukan tiga laras senjata api jenis pump gun dan peluru milik syarikat keselamatan yang berdaftar.

“Oleh itu, syarikat terbabit telah melanggar syarat lesen di mana tiga laras senjata api dan amunisi (peluru) disimpan di tempat yang tidak diwartakan.

“Kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan. Turut dirampas adalah van syarikat keselamatan berkenaan, tiga laras ‘pump gun’, 30 butir peluru 12 bore, tiga sarung senjata warna hitam dan tiga kotak peluru,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 8(b) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua duanya sekali.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1733
Kongsi :
Previous post Melaka wajibkan guna sistem kupon di pasar Ramadan
Next post ‘Saya tidak sokong KLIP kerana mahu jaga kepentingan nelayan’
Ubah saiz-+=