
Kapal selam tentera Indonesia hilang di perairan Bali
JAKARTA 22 April – Sebuah kapal selam milik Angkatan Laut Tentera Indonesia (TNI) dilaporkan terputus hubungan ketika menjalani latihan di perairan Bali Utara pagi semalam.
Menurut media tempatan, TNI sedang mengesan kapal selam KRI Nanggala-402 buatan Jerman tahun 1978 itu, yang membawa 53 kru kapal.
Kapal selam itu dilaporkan terputus hubungan jam 4.30 pagi semalam di sekitar 96 kilometer di perairan Bali, ketika sedang menjalani latihan torpedo.
Jurucakap TNI ketika dihubungi Bernama berkata, Panglima Tentera TNI Hadi Tjahjanto dijadual mengadakan sidang akhbar di Bali, jam 8.30 pagi ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...