Sorting by

×

Aduan pelajar ‘dikompaun’ disiasat

Masa Membaca:54 Saat

KUALA LUMPUR 20 April – Rentetan tular di media sosial pelajar Kolej Matrikulasi Perak dikompaun RM1,500 oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) kerana tidak memakai pelitup muka biarpun berada dalam kawasan kolej, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu Jabatan Kesihatan Perak sedang menjalankan siasatan berhubung aduan tersebut, menerusi ciapan di akaun Twitter rasminya malam tadi.

Katanya, siasatan segera sedang dilakukan bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.

“Siasatan segera sedang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perak. Terima kasih atas aduan ini kepada KKM dan perkara ini akan diambil tindakan secepat mungkin. Insyaa-Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab ciapan pengguna Twitter, @NabilAmirul4 yang mempertikaikan tindakan kompaun ke atas pelajar Kolej Matrikulasi Perak oleh pegawai KKM yang datang ke kafe kolej itu.

Menurut laporan portal Berita Harian, difahamkan pihak KKM datang ke kolej terbabit pada Ahad lalu disebabkan kes keracunan makanan di sebuah kafe di situ.

Bagaimanapun, mereka datang lagi pada keesokannya dan mengeluarkan kompaun RM1,500 kepada beberapa pelajar yang tidak memakai pelitup muka atau meletakkannya di bawah dagu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

445
Kongsi :
Previous post Pegawai polis didakwa terima wang tunai berjumlah RM6,200
Next post Pemandu bas maut dihempap bas persiaran
Ubah saiz-+=