320 individu terima bantuan kit makanan, wang tunai

Masa Membaca:1 Minit, 32 Saat

LENDU 20 April. – Seramai 320 individu daripada 16 cawangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu menerima sumbangan kit makanan dan bantuan tunai pada Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Ramadan Peringkat DUN Lendu, semalam.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dan isteri Datin Seri Utama Munira M. Yusop menyampaikan sumbangan itu pada majlis diadakan di Dewan Taming Sari, Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Lendu.

SULAIMAN menyampaikan sumbangan kepada penerima di Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadan DUN Lendu di Dewan Taming Sari, UiTM Lendu.

 

Beliau berharap bantuan itu sedikit-sebanyak dapat meringankan beban mereka yang memerlukan perhatian.

Sulaiman dan isteri kemudiannya meluangkan masa lebih sejam di Pasar Ramadan Masjid Tanah bagi menyantuni peniaga dan pengunjung.

Dalam kunjungannya itu beliau sempat singgah di beberapa gerai peniaga di pasar berkenaan bagi menyantuni peniaga dan membantu melayan pelanggan yang datang pada waktu puncak sekitar jam 6 petang.

SULAIMAN (tengah) memasak daging kambing bakar sambil diperhatikan isterinya, Munira (kanan) ketika melawat Pasar Ramadan Masjid Tanah.

Pada awalnya, ketibaan beliau bersama isteri disambut Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh diiringi Setiausaha Politiknya Datuk Wira Sazali Muhd Din sekali gus merasmikan Pasar Ramadan Masjid Tanah.

Pada lawatan terbabit, beliau turut mengagihkan bubur lambuk dan kurma kepada pengunjung yang hadir di pasar tersebut.

PENGUNJUNG tidak melepaskan peluang mendapatkan buah kurma disampaikan Sulaiman di Pasar Ramadan Masjid Tanah.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Seri Abd Ghafaar Atan dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Mohd Fadhil Hassan.

Program diakhiri dengan Majlis Berbuka Puasa Bersama Pemimpin Masyarakat DUN Lendu di Masjid Salmah Khamis, Durian Daun dan solat Maghrib berjemaah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

478
Kongsi :
Previous post Sistem berkupon pertingkat SOP penganjuran pasar dan bazar Ramadan
Next post Rentas negeri bagi perubatan, pekerjaan dan pendidikan dibenarkan Isnin hingga Khamis
Ubah saiz-+=