
“Syukur tiada yang tercedera”- KM
AYER KEROH 30 Jun – Ketua Menteri, Datuk Haji Sulaiman Md Ali menzahirkan rasa simpati terhadap Salmah Kassim, 81, selepas rumah pusaka miliknya hangus dijilat api dalam kejadian kira-kira 2 pagi semalam.
Menerusi kenyataannya di laman sosial Facebook, Sulaiman berkata, rumah terbabit dilaporkan musnah 80 peratus akibat kebakaran berkenaan.
“Saya melahirkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa Salmah serta lima ahli keluarganya selepas rumah pusaka milik mereka hangus dalam kejadian kebakaran di Batu 34 ΒΌ Kampung Pengkalan Pauh, Lubok Cina, Melaka, kira-kira jam 2 pagi tadi (semalam).
“Saya berkesempatan melawat Salmah sekeluarga, sebentar tadi sambil melahirkan rasa syukur kerana tiada sesiapa yang tercedera dalam kebakaran ini.
“Difahamkan kira-kira 80 peratus struktur kediaman musnah.
“Kerajaan Negeri Melaka melalui Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) serta agensi berkaitan akan segera menyalurkan sebarang bentuk bantuan serta keperluan buat keluarga ini,” katanya.
Hadir sama pada lawatan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau, Datuk Amiruddin Yusof.
Views:
Related


Berita Lain
BERAS MELAKA HANYA UNTUK WARGANEGARA MALAYSIA
SERI NEGERI 28 April - Beras Melaka yang kini mula dijual pada harga serendah RM26 sekampit 10 kilogram (kg) hanya...
EKONOMI MELAKA KEKAL KOMPETITIF, INKLUSIF DAN BERDAYA SAING
SERI NEGERI 28 April - Ekonomi Negeri Melaka kekal kompetitif, inklusif dan berdaya saing berdasarkan indikator dan data dikeluarkan Jabatan...
PENJENAMAAN SEMULA SJKC SIMPANG BEKOH SEDANG DIPERINCI
SERI NEGERI 28 April - Penjenamaan semula nama Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKC) Simpang Bekoh kepada SJKC Laksamana Cheng Ho...
SEMUA MASJID DI MELAKA DIMINTA LAKSANA SOLAT HAJAT, QUNUT NAZILAH UNTUK PALESTIN
SERI NEGERI 28 April - Semua masjid di Negeri Melaka diminta untuk melaksanakan solat hajat dan bacaan Qunut Nazilah secara...
INSTITUT TUN PERAK SELIDIK PERANAN LAKSAMANA CHENG HO DALAM HUBUNGAN MELAKA DAN CHINA
SERI NEGERI 28 April - Institut Tun Perak (ITP) sedang menjalankan kajian terperinci mengenai peranan Laksamana Cheng Ho melibatkan hubungan...
LIPUTAN 5G DI MELAKA CAPAI 89.7 PERATUS, CAPAIAN 4G HAMPIR 100 PERATUS
SERI NEGERI - Kadar liputan 5G di kawasan berpenduduk di Negeri Melaka telah mencapai 89.7 peratus, kata Exco Sains, Teknologi,...