Sulaiman kongsi pengalaman jual lauk di Pasar Ramadan Masjid Tanah

Masa Membaca:1 Minit, 29 Saat

MASJID TANAH 20 April. – “Dahulu saya pun pernah berniaga di sini, menjual lauk bersama rakan tatkala Ramadan, inilah lokasi dan tapaknya demi sesuap nasi,” kata Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md. Ali yang mengimbau kenangannya menjadi antara peniaga pasar Ramadan Masjid Tanah, di sini.

Katanya, lokasi itu mengimbau kembali kenangan bersama rakan baiknya, Rosli Ab. Ghani,53, sebelum bergelar wakil rakyat dan mula menjalankan perniagaan menjual lauk pauk sekitar 2008 hingga 2012.

SULAIMAN (dua kanan) membantu rakan baiknya, Rosli (kiri) membungkus lauk pauk yang dijualnya bagi melayan pelanggan yang datang di Pasar Ramadan Masjid Tanah.”Bukan apa, ia hanya keseronokan kerana melihat rakan rakan yang datang disebalik mencari rezeki yang datang dalam bulan Ramadan.

“Malah, sewaktu saya jadi pembangkang sebelum ini pun, sekitar tahun 2019 saya turut meluangkan masa bersama Rosli menjual lauk pada bulan Ramadan,” katanya kepada Melaka Hari Ini selepas merasmikan Pasar Ramadan Masjid Tanah, dekat sini.

Terdahulu, dalam kunjungannya petang semalam, Sulaiman mencuri perhatian orang ramai apabila beliau sendiri terus mengunjungi sebuah gerai bagi membantu Rosli melayan pelanggan.

ROSLI

Menurut Rosli, dia begitu terharu dan gembira melihat Sulaiman yang bergegas ke gerainya bagi membantunya membungkus makanan buat pelanggan yang datang.

Dia yang menetap di Londang berkata, lokasi itulah asalnya dia berniaga saban tahun sejak 1990-an demi mencari rezeki ketika Ramadan dengan menjual lauk-pauk.

“Memang lama saya kenalinya (Sulaiman), malah sebelum ini beliau sendiri datang ke rumah masak dan makan bersama apabila mempunyai masa lapang.

“Ketika beliau jadi wakil rakyat pun Sulaiman ada datang juga untuk membantu saya di sini untuk membungkus makanan.

“Alhamdulillah, dapatlah mengimbau kenangan dahulu dan gembira dengan kehadirannya hari ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

766
Kongsi :
Previous post Risiko kebolehjangkitan hanya 0.003 peratus selepas dua dos vaksin COVID-19
Next post Sistem berkupon pertingkat SOP penganjuran pasar dan bazar Ramadan
Ubah saiz-+=