
M-WEZ tidak jejaskan penduduk setempat – Sulaiman
AYER KEROH 16 April. – Kerajaan negeri memberi jaminan projek Pembangunan Zon Ekonomi Persisir Pantai Melaka (M-WEZ) tidak akan menjejaskan penduduk setempat terutama komuniti di Kampung Portugis.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md. Ali berkata, menerusi beberapa kajian alam sekitar ke atas pembangunan yang dibangunkan di kawasan terlibat di negeri ini, menunjukkan ia tidak akan menjejaskan penduduk terlibat.
Jelasnya, pembangunan yang akan dilaksanakan turut menjalani kajian Penilaian Dampak Alam Sekitar (EIA) dan menjamin tidak akan meninggalkan kesan terhadap ekosistem setempat.
“Kita mengambil kira terhadap semua kajian yang telah dilaksanakan dan tidak perlu bimbang kerana pembangunan ini tidak akan meninggalkan kesan.
“Malah pembangunan ini adalah untuk memperkasa sosioekonomi generasi akan datang dan kita akan cuba menambah baik lagi dalam perkara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media kempen ‘Jom Tengok Bola’ di Seri Negeri, di sini hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...