PKPP: Majlis sosial tidak dibenarkan, jika penganjur sukar kawal keadaan
PUTRAJAYA, 29 Jun – Majlis sosial tidak dibenarkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sekiranya penganjur sukar untuk mengawal keadaan dan perilaku tetamu.
Ia adalah antara prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan majlis sosial seperti perkahwinan, kenduri dan pertunangan yang diluluskan dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada 22 Jun, serta terpakai bagi penganjuran majlis sosial di rumah ibadat bukan Islam.
Kementerian Perpaduan Negara berkata SOP itu merangkumi perkara penting dalam menjalankan majlis sosial seperti had kapasiti kehadiran seramai 250 orang atau kurang mengikut saiz ruang majlis dengan penjarakan sosial, dan tertakluk dengan tempoh penganjuran selama tiga hingga lima jam.
SOP itu juga menggariskan bahawa hidangan makanan dalam bentuk buffet atau layan diri adalah tidak dibenarkan, selain penganjur perlu memastikan tetamu makan dalam kedudukan dengan penjarakan sosial dan tidak berkumpul semasa makan, katanya.
“Tetamu adalah dilarang berkumpul atau berhimpun di luar ruang majlis sebelum atau selepas selesai majlis,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini.
– BERNAMA
Views:
Related
Berita Lain
KAKAK, ADIK MAUT DALAM KEMALANGAN BABIT DUA KENDERAAN
IPOH, 8 Jan - Dua beradik maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta di persimpangan lampu isyarat di Jalan...
PESARA TENTERA DIDAKWA CEDERAKAN DUA ANAK TIRI DI KOTA BHARU
KOTA BHARU, 8 Jan - Seorang pesara tentera dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini hari ini atas dua...
PENEMUAN OBJEK DISYAKI BOM: POLIS MASIH JALANKAN SIASATAN
SEMPORNA, 8 Jan - Polis masih menjalankan siasatan berhubung penemuan objek disyaki bom di perairan Substesen Pulau Sibuan, Taman Marin...
POLIS JEMPOL MINTA BANTUAN KESAN WARGA EMAS HILANG HAMPIR TIGA BULAN LEPAS
SEREMBAN 7 Januari - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar...
AMARAN HUJAN BERTERUSAN TAHAP WASPADA DI ENAM NEGERI – METMALAYSIA
KUALA LUMPUR 7 Januari - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri...
PEMANDU, KELINDAN MAUT LORI JATUH GAUNG
KUANTAN 7 Januari - Seorang pemandu dan kelindannya maut selepas lori membawa muatan besi dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung...