
COVID: Kes baharu hari ini catat lebih 2,000 selepas 41 hari
KUALA LUMPUR 15 April. – Kes baharu COVID-19 negara kembali mencatatkan angka melepasi 2,000 selepas 41 hari dengan 2,148 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.
Kali terakhir negara mencatat kes melebihi angka 2,000 adalah pada 5 Mac lalu dengan 2,154 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Twitter beliau hari ini memaklumkan tiga negeri tertinggi mencatat kes baharu adalah Sarawak dengan 512 kes, Selangor (459 kes) dan Kelantan (221 kes).
Ini diikuti Sabah dengan 202 kes, Johor (182), Kuala Lumpur (171), Pulau Pinang (134), Terengganu (57), Melaka (53), Perak (51) dan Negeri Sembilan dan Pahang masing-masing mencatat 34 kes.
Beliau berkata Kedah mencatat 26 kes, Putrajaya (8), Labuan (3) dan Perlis merekod satu kes bagi tempoh 24 jam lalu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...