411 unit Rumah Belia di Tanjung Minyak dalam masa terdekat
AYER KEROH 29 Jun – Sebanyak 411 unit Perumahan Belia akan dibangunkan lagi di Tanjung Minyak dalam masa terdekat.
Pengerusi Jawatankuasa NGO, Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, pertambahan jumlah itu antara perancangan terbaharu kerajaan negeri, selepas membangunkan 280 unit perumahan yang sama di Durian Tunggal sebelum ini.
“Untuk perancangan masa depan, kita sedang merancang projek pembangunan perumahan belia baharu di Tanjung Minyak melibatkan 411 unit lagi di kawasan itu.
“Jadi, kita akan pastikan harga yang ditawarkan nanti adalah berpatutan dalam usaha menggalakkan golongan belia memiliki rumah sendiri,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Post-Exco NGO, Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Melaka, di Seri Negeri, baru-baru ini.
Views:
Related
Berita Lain
KAKAK, ADIK MAUT DALAM KEMALANGAN BABIT DUA KENDERAAN
IPOH, 8 Jan - Dua beradik maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta di persimpangan lampu isyarat di Jalan...
PEMANDU CEDERA, LORI TANGKI DAN KERETA TERBAKAR
AYER KEROH 8 Januari - Sebuah lori tangki minyak sawit dan sebuah kereta terbakar selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer...
PESARA TENTERA DIDAKWA CEDERAKAN DUA ANAK TIRI DI KOTA BHARU
KOTA BHARU, 8 Jan - Seorang pesara tentera dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini hari ini atas dua...
PENEMUAN OBJEK DISYAKI BOM: POLIS MASIH JALANKAN SIASATAN
SEMPORNA, 8 Jan - Polis masih menjalankan siasatan berhubung penemuan objek disyaki bom di perairan Substesen Pulau Sibuan, Taman Marin...
ELAUN TAMBAHAN HARGAI JPKK MELAKA
AYER KEROH 8 Januari - Nasib Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di negeri ini terus terbela dan menjadi keutamaan...
SEMBILAN CEDERA, KEMALANGAN BABIT LAPAN KENDERAAN
AYER KEROH 8 Januari - Sembilan cedera termasuk seorang pemandu bas parah selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan lapan kenderaan di...