
Pelayan restoran didakwa cederakan teman wanita guna tukul besi
KUALA LUMPUR 15 April. – Seorang pelayan restoran didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas teman wanitanya dengan menggunakan sebatang tukul besi, bulan lalu.
Bagaimanapun, Mohd Izham Hiffnie Mahadir, 38, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahyon Talib.
Tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas Norzalizawati Md Nor, 41, menggunakan sebatang tukul besi di sebuah rumah kedai di Taman Desa, di sini, pada kira-kira 8 malam, 3 Mac lalu mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan juga boleh dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana Mohd Jafri tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin dan difahamkan tiada ahli keluarga tertuduh hadir ke mahkamah untuk menjaminnya.
Dalam prosiding itu, Mohd Izham Hiffnie tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudiannya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 31 Mei ini untuk sebutan semula kes.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...