Ziarah lima rumah seminggu di DUN Asahan
ASAHAN 29 Jun – Sekurang-kurangnya lima rumah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan akan dikunjungi pada setiap minggu dalam program Ziarah Kasih di kawasan berkenaan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan, Datuk Seri Abdul Ghafar Atan berkata, program itu antara usaha dijalankan pihaknya dalam usaha mendekati masyarakat terutama mereka yang kurang bernasib baik.
“Selain menziarah dan menyelami permasalahan masyarakat, kita turut menghulurkan sumbangan kepada mereka berupa barangan keperluan dan wang tunai.
“Sesi ziarah kasih ini turut melibatkan ketua masyarakat setempat, penghulu kawasan, ketua balai polis, wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta badan bukan kerajaan (NGO),” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri.
Minggu lalu, pihaknya menziarahi lima rumah di Felcra Bukit Sedanan, Selandar.
Antara rumah yang dilawati termasuklah rumah pesakit asthma kronik, angin ahmar, kencing manis dan darah tinggi serta turut menghulurkan sumbangan wang tunai, barang keperluan asas dan lampin pakai buang dewasa bagi yang memerlukan.
Views:
Related
Berita Lain
LORI TANGKI REMPUH TRELER SEBELUM TERBAKAR
ALOR GAJAH 8 Januari - Lori tangki yang terbakar dengan sebuah kereta dalam kejadian di Kilometer 199.4 Lebuhraya Utara Selatan...
KAKAK, ADIK MAUT DALAM KEMALANGAN BABIT DUA KENDERAAN
IPOH, 8 Jan - Dua beradik maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta di persimpangan lampu isyarat di Jalan...
PEMANDU CEDERA, LORI TANGKI DAN KERETA TERBAKAR
AYER KEROH 8 Januari - Sebuah lori tangki minyak sawit dan sebuah kereta terbakar selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer...
PESARA TENTERA DIDAKWA CEDERAKAN DUA ANAK TIRI DI KOTA BHARU
KOTA BHARU, 8 Jan - Seorang pesara tentera dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini hari ini atas dua...
PENEMUAN OBJEK DISYAKI BOM: POLIS MASIH JALANKAN SIASATAN
SEMPORNA, 8 Jan - Polis masih menjalankan siasatan berhubung penemuan objek disyaki bom di perairan Substesen Pulau Sibuan, Taman Marin...
ELAUN TAMBAHAN HARGAI JPKK MELAKA
AYER KEROH 8 Januari - Nasib Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di negeri ini terus terbela dan menjadi keutamaan...