Melaka sasar kutipan zakat harta dan fitrah RM105 juta tahun ini

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 15 April. – Kerajaan negeri menyasarkan kutipan zakat harta dan fitrah tahun ini mencecah RM105 juta berbanding RM100.7 juta tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka Sdn Bhd Datuk Ibrahim Fadzil berkata, sasaran itu berdasarkan hasrat kerajaan negeri menerusi pembentangan Belanjawan Melaka 2021 supaya Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) meningkatkan kutipan zakat sebanyak lima peratus.

Katanya, bagi mencapai sasaran itu pihaknya melakukan pelbagai cara termasuk menguar-uarkan pembayaran zakat menerusi laman sosial rasmi syarikat seperti Facebook dan Instagram bagi memudahkan orang ramai pembayaran zakat.

“Kita juga mempunyai senarai da’i yang menguar-uarkan pembayaran zakat harta dan fitrah menerusi ceramah atas talian,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI).

Menurutnya, kutipan zakat fitrah bagi tahun lalu meningkat sehingga RM4.8 juta berbanding tahun sebelumnya dan tahun ini kutipan itu dijangka bertambah berdasarkan pilihan orang ramai yang lebih mudah untuk membayar zakat fitrah secara atas talian menerusi izakat.my dan Melaka E-Bayar.

“Melaka mempunyai dua kadar bayaran zakat fitrah iaitu RM7 dan RM14, namun kadar pembayaran zakat RM14 meningkat iaitu kira-kira 46.5 peratus berbanding pembayar zakat dengan kadar RM7.

“Jadi, kita jangkakan tahun ini lebih ramai akan membayar zakat fitrah pada kadar RM14 dan ia sekali gus dapat mencapai sasaran kutipan zakat fitrah sebanyak RM4.9 juta tahun ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1082
Kongsi :
Previous post Kempen Shop@Melaka sempena Aidilfitri tawar diskaun 85 peratus
Next post COVID-19 bukan halangan Puspanita Melaka kekal aktif
Ubah saiz-+=