Pekerja bengkel nyaris rentung

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

BUKIT RAMBAI 13 April. – Seorang lelaki berusia 22 tahun melecur di kepala, badan, tangan dan kaki apabila terperangkap dalam kebakaran di sebuah bengkel kimpalan di Jalan Tangga Batu, di sini.

Kejadian kira-kira jam 6.55 petang itu disedari orang awam yang segera menelefon bomba pantas memadam kebakaran dan menyelamatkan mangsa.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Roslan Manas berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7 malam sebelum dua jentera termasuk EMRS bersama lapan anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian pihaknya mendapati api sedang marak selain terdapat seorang mangsa terperangkap di dalam premis dipercayai pekerja bengkel terbabit yang tinggal di situ.

KEBAKARAN berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 8.07 malam.

“Disebabkan pintu jeriji premis terbabit berkunci kami terpaksa memotongnya sebelum berjaya menyelamatkan mangsa,” katanya.

Beliau berkata mangsa yang melecur 30 peratus itu diberi rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

“Kebakaran dapat dikawal pada jam 7.15 malam dan berjaya dipadam sepenuhnya pada 8.07 malam.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan dan pasukan forensik bomba sudah dimaklumkan untuk tindakan lanjut,” katanya.

1.
KEADAAN mangsa yang melecur di beberapa bahagian kepala, badan, tangan dan kaki akibat kebakaran di sebuah bengkel di Jalan Tangga Batu.

2. KEBAKARAN berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 8.07 malam.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

443
Kongsi :
Previous post Ingkar SOP, sanggup bersesak beli juadah berbuka
Next post ‘Syukur boleh niaga Ramadan kali ini’
Ubah saiz-+=