
Bas pelancong terbakar, lima termasuk dua kanak-kanak maut
BANGKOK 13 April. – Lima termasuk dua kanak-kanak maut dan sekurang-kurangnya 12 cedera parah selepas sebuah bas pelancong dua tingkat terbakar di wilayah Khon Kaen timur laut Thailand pada Selasa pagi.
Dalam kejadian 12.30 pagi (waktu tempatan), bas pelancong yang membawa 33 penumpang berlepas ke Bangkok dari wilayah Bung Kan pada Isnin.
Bangkok Post melaporkan tayar belakang bas meletup dan terbakar ketika tiba di Jalan Mittraphap (dikenali sebagai Lebuhraya Persahabatan) di daerah Ban Haet.
“Lima penumpang termasuk dua kanak-kanak rentung sementara 12 yang lain mengalami lecur yang serius. Penumpang lain berjaya menyelamatkan diri,” kata laporan itu.
Media tempatan melaporkan anggota bomba mengambil masa kira-kira sejam untuk memadam kebakaran. Mereka yang cedera dirawat di hospital Sirindhorn dan Khon Kaen.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...