Pelumba basikal trek Muhammad Fadzil, atlet pertama terima vaksin COVID-19

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

KUALA LUMPUR 13 April. – Atlet berbasikal trek negara, Muhammad Fadhil Mohd Zonis mengetuai senarai 264 atlet dan pegawai menerima dos pertama suntikan vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang bermula hari ini.

Beliau diikuti oleh rakan sepasukannya Anis Amira Rosidi sebagai atlet wanita pertama, manakala atlet memanah para S. Suresh menjadi atlet para pertama menerima suntikan vaksin itu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Kompleks Sukan Desa Tasik, Cheras, di sini.

ANIS Amira, atlet wanita pertama menerima suntikan vaksin. Foto Facebook Anis Amira

Ia adalah sebagai persediaan kontinjen negara ke Sukan Olimpik dan Paralimpik, melibatkan para atlet dan pegawai yang sudah dan sedang berusaha untuk layak ke Tokyo.

Kesemua atlet dalam senarai itu akan menerima vaksin Pfizer-BioNTech.

Turut akan menerima suntikan hari ini ialah Menteri Belia dan Sukan Datuk Reezal Merican Naina Merican, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin.

Temasya Sukan Olimpik akan berlangsung bermula 23 Julai hingga 8 Ogos, manakala Paralimpik dijadualkan bermula 24 Ogos hingga 5 September depan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

980
Kongsi :
Previous post Penjawat awam digalak berwakaf secara berkala melalui potongan gaji
Next post Operasi kaunter LHDN ditutup 30 minit lebih awal sepanjang Ramadan
Ubah saiz-+=