Pembangkang bukan musuh politik: Sulaiman

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

BANDA HILIR 12 April – “Terima kasih dan tahniah kepada barisan sahabat pembangkang.”

Demikian antara ucapan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali yang menjadi perhatian ketika dalam Majlis Pencapaian Setahun Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka 2020-2021 di sebuah hotel di sini, hari ini.

Sulaiman berkata, di bawah kepimpinannya, barisan pembangkang bukanlah musuh politik tetapi merupakan rakan strategik dalam kerajaan yang sama-sama berjuang dalam memberi perkhidmatan terbaik buat negeri ini.

SULAIMAN… rakyat akan diberikan tahap perkhidmatan yang terbaik dari masa ke semasa.

“Dalam memberikan khidmat terbaik kepada rakyat, ruang politik tidak wajar menjadi ‘daerah kesumat dan dendam’ malahan wajar menjadi oasis perpaduan dan kestabilan yang akhirnya menyenangkan fikiran dan hati rakyat.

“Saya memberi jaminan dan komitmen seratus peratus bahawa pentadbiran ini akan terus mengukuh prinsip prihatin rakyat. Rakyat akan diberikan tahap perkhidmatan yang terbaik dari masa ke semasa,” katanya.

Mengulas lanjut, Sulaiman berkata, segala perancangan dan janji yang ditabur juga akan terus ditunaikan demi kepentingan rakyat.

SULAIMAN (tengah) bersama Hasim, Exco dan ketua jabatan menunjukkan buku pencapaian setahun pentadbiran kerajaan negeri Melaka 2020-2021.

Track record pentadbiran ini sepanjang 12 bulan yang lalu membuktikan kita telah berjaya membawa perubahan. We have delivered and we will continue to deliver. (Kami telah melaksanakan (tanggungjawab) dan akan terus melaksanakan).

My team and I will walk this journey with you. We will never walk alone. (Saya dan pasukan ada bersama-sama anda untuk menjalani perjalanan ini. Anda tidak akan berjalan berseorangan).  Marilah kita rapatkan saf dan kukuhkan ikatan dalam misi untuk membawa Melaka ke arah negeri yang lebih maju dan berjaya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

302
Kongsi :
Previous post Melaka Reborn juara MLBB Piala YDP MPHTJ
Next post Sulaiman mohon maaf sempena kehadiran Ramadan
Ubah saiz-+=