‘Hati rakyat puas, itu kejayaan besar bagi saya’ – Sulaiman

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

BANDA HILIR 12 April. – Kepuasan hati rakyat dijadikan ukuran kejayaan pentadbiran kerajaan dan bukannya dilihat daripada nilai projek pembangunan semata-mata.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, tidak ada istilah membezakan antara besar atau kecil sesuatu usaha kerajaan sebagai ukuran setahun pentadbirannya sejak Mac tahun lalu.

“Pada saya apa-apa perkara yang dapat saya memuaskan hati rakyat di bawah sana waima kecil sekalipun, ia pada saya satu kejayaan yang besar.

“Tak ada saya bezakan yang besar atau kecil (nilai), apabila semua rancangan itu berjaya kita laksanakan yang akhirnya rakyat di luar sana hatinya puas, itu merupakan kejayaan yang paling mustahak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pencapaian Setahun Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka 2020- 2021 di sebuah hotel di Banda Hilir di sini hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Dr Hasim Hasan, barisan EXCO dan lain-lain kenamaan.

Pada majlis sama Sulaiman turut melancarkan Coffee Table Book Melaka 2035 serta menyempurnakn Majlis Penyerahan Dokuman Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 (PSMJ 2035) dan dokumen pencapaian kepada 10 barisan EXCO, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mengulas lanjut, Sulaiman berkata kejayaan lain antaranya seperi projek koridor ekonomi pesisir laut berimpak tinggi, Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ) adalah visinya untuk Melaka di masa hadapan.

“M-WEZ adalah visi dan perancangan saya yang tidak boleh dilaksanakan hari ini, kita cakap hari ini esok dah boleh laksana, tidak.

“Ia perancangan memakan masa selama 15 tahun dan itu adalah sebahagian kejayaan besar di masa hadapan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

323
Kongsi :
Previous post UniMEL bakal jadi nukleus hab pendidikan Melaka
Next post Bas percuma buat golongan sasar
Ubah saiz-+=