UniMEL bakal jadi nukleus hab pendidikan Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

BANDA HILIR 12 April. – Penaiktarafan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) kepada universiti penuh yang dikenali sebagai Universiti Melaka (UniMEL) bakal memberi impak lebih besar kepada sektor pendidikan negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, kewujudan UniMEL diyakini bakal menjadi nukleus kepada hab pendidikan Melaka.

Katanya, UniMEL kini mempunyai sekitar 3,500 pelajar dan jumlah itu akan bertambah menjelang 2022 apabila proses penyerapan masuk Kolej Antarabangsa Sains dan Teknologi (MiCOST) kepada sebahagian UniMEL diselesaikan.

SULAIMAN (dua dari kiri) menyampaikan watikah pengikhtirafan kepada Naib Canselor KUIM, Prof Datuk Dr. Mohd Taib Dora (kanan) sambil diperhatikan Hasim (kiri) dan Exco di Jabatan Ketua Menteri (Pendidikan), Datuk Noor Effandi Ahmad (dua dari kanan) pada majlis pencapaian setahun pentadbiran kerajaan negeri Melaka 2020-2021 hari ini. Foto: MR. Azli

“Sasaran kita ialah untuk UniMEL menjadi sebuah IPT dengan jumlah pelajar seramai 7,000 orang menjelang tahun 2025.

“Tahniah kepada semua pihak bekerja keras membantu usaha tersebut. Bagi pihak Kerajaan Negeri, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Menterinya Datuk Seri Dr Noraini Ahmad di atas pengiktirafan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pencapaian Setahun Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka 2020-2021 di sini, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1546
Kongsi :
Previous post 660 golongan asnaf terima sumbangan Ramadan
Next post ‘Hati rakyat puas, itu kejayaan besar bagi saya’ – Sulaiman
Ubah saiz-+=