‘Pencapaian 12 bulan lalu, kejayaan kita bersama’

Masa Membaca:58 Saat

BANDA HILIR 12 April. – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali enggan mengambil kredit di atas segala kejayaan yang diraih sepanjang setahun pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka.

Sebaliknya, beliau menyifatkan segala pencapaian itu adalah kejayaan bersama dan tidak akan dapat dicapai tanpa peranan semua pihak termasuk rakyat Melaka sendiri.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pencapaian Setahun Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka 2020-2021, di sini, hari ini.

SULAIMAN… pencapaian 12 bulan lalu adalah kejayaan bersama dan tidak akan dapat dicapai tanpa peranan semua pihak termasuk rakyat Melaka sendiri.

Sulaiman berkata, majlis yang diadakan itu cukup bermakna kepadanya kerana ia bukan sahaja dapat meraikan pencapaian setahun yang lalu, bahkan dapat bermuhasabah mengenai dugaan yang dilalui sejak 365 hari yang lalu.

Selain itu, pembentangan pencapaian itu juga katanya, bakal memeta pentadbiran kerajaan negeri untuk masa depan.

“Ini bukan perkongsian untuk saya secara peribadi. Tetapi segala pencapaian 12 bulan yang lalu adalah kejayaan kita bersama.

“Terima kasih kepada semua pihak yang memainkan peranan masing-masing termasuklah penggubal undang-undang, penjawat awam, pihak swasta dan rakyat Melaka itu sendiri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

452
Kongsi :
Previous post Sulaiman bentang pencapaian setahun pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka
Next post Kewangan Melaka lebih kukuh
Ubah saiz-+=