
Korban COVID-19 di seluruh dunia sudah melepasi 500,000 orang
ANKARA, 29 Jun — Jumlah korban COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi 500,000 pada Ahad, lapor agensi berita Anadolu, menurut data Johns Hopkins University yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).
Seramai 500,108 penduduk di seluruh dunia menjadi korban sementara lebih 5.08 juta pesakit sembuh manakala jumlah kes kini mencecah 10 juta.
AS terus kekal negara paling teruk diancam, menyaksikan lebih 2.53 juta orang dijangkiti sementara lebih 125,700 pesakit meninggal dunia.
Brazil, mempunyai jumlah kes dan kematian COVID-19 paling tinggi di Amerika Latin, dan bilangan kes kedua tertinggi di dunia dengan 1.31 juta jangkitan.
Rusia, India, Itali, Sepanyol dan United Kingdom antara negara paling teruk terjejas.
Virus maut itu sudah merebak ke 188 negara dan wilayah, sejak ia mula dikesan pada penghujung tahun lalu.
— BERNAMA
Views:
Related
Berita Lain
‘BUKAN RAYA BIASA’
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa suasana Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar satu acara biasa, tetapi...
LALUAN SEHALA DI PEKAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 27 April - Pekan Durian Tunggal akan menjadi laluan sehala dalam usaha mengatasi masalah kesesakan trafik yang sudah...
PPSPM SUSUN PELBAGAI ACARA MENJELANG WTD 2025
BANDARAYA MELAKA 27 April - Pelbagai program menarik sedang disusun Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bagi bersama-sama memeriahkan...
‘RAYA TAK RILEKS’ DUYONG KENA SERBU
DUYONG 27 April - Suasana penghujung Syawal terus membara di Duyong apabila lebih 10,000 pengunjung membanjiri Jamuan Raya Tak Rileks...
KBS LUPUS 30 GELANGGANG FUTSAL TERBIAR, KERUGIAN CECAH RM12 JUTA
MELAKA, 26 April - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melupus dan merobohkan 30 gelanggang sukan yang tidak diselenggara dengan...
NYAMUK BERWOLBACHIA KURANGKAN 70 PERATUS KES DENGGI DI MELAKA
TELOK MAS 26 April - Projek pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di empat lokaliti di Negeri Melaka berjaya menurunkan 70 peratus...