Ketua Menteri serikan Selawat Ihya’ Ramadhan 2021
BANDA HILIR 10 April – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali hadir pada Majlis Selawat Ihya’ Ramadhan 2021 di Pekarangan Menara Taming Sari, malam ini.
Ketibaan beliau kira-kira jam 9 malam itu disambut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah Negeri, Datuk Rahmad Mariman, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis serta Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk zainal Abu.
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran oleh Syed Arshid Syed Yassin kemudiannya bacaan Maulid dan Qasidah oleh Kumpulan Al- Rahman & Syed Arshid Syed Yassin.
Majlis anjuran Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) dan Jabatan Ketua Menteri Melaka ini mendapat kerjasama Menara Taming Sari (MTS), MBMB, agensi kerajaan negeri selain dihadiri 200 peserta.
Penganjuran majlis itu sekali gus membantu mempromosikan Melaka sebagai destinasi pelancongan utama dalam membantu sektor pelancongan Malaysia.
Berita lanjut menyusul..
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MTL: MELAKA DIJANGKA ALAMI BANJIR
AYER KEROH 26 November - Melaka antara negeri yang turut diberikan perhatian oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sepanjang...
ANGKA KORBAN AKIBAT LEMAS MERISAUKAN
AYER KEROH 26 November - Orang ramai dinasihat agar mengehadkan aktiviti riadah seperti berkelah atau sebarang bentuk sukan air susulan...
PERDANA MENTERI SALUR BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR DUN PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 26 November - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyampaikan sumbangan berjumlah RM82,400 kepada penduduk dalam...
LELAKI DIDAKWA BUNUH IBU, SIMPAN DALAM PETI SEJUK
KUALA LUMPUR 26 November - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibunya yang...
ANWAR BERTEMU PEMIMPIN PERNIAGAAN TERKEMUKA KOREA SELATAN HARI INI
SEOUL 26 November - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan hari ini dengan beberapa pemimpin perniagaan terkemuka (chaebol)...
WARIS PASANGAN KEMALANGAN DILANGGAR PEMANDU MABUK TERIMA FPM, PENCEN PENAKAT PERKESO
JOHOR BAHRU 26 November - Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Johor menyerahkan Faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah RM3,000 dan Pencen Penakat...