
Malakat Mall pacu ekonomi usahawan Islam dalam peruncitan
MASJID TANAH 10 April. – Pasaraya Malakat Mall yang beroperasi di Masjid Tanah mampu meningkatkan ekonomi usahawan Islam dalam bidang peruncitan.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md. Ali berkata, ini berikutan pasar raya berkonsepkan ekosistem perniagaan Islam iaitu sifar riba.
“Ekosistem ekonomi Islam ini melibatkan pembinaan rangkaian peruncitan dari peringkat pengeluar atau pengilang, pemborong, pengedar, peruncit dan pengguna.
“Selain itu, Pasaraya Malakat Mall mengunakan konsep ‘jual sesama kita, beli sesama kita’ mampu memberi kesan gandaan pendapatan dalam ekosistem ekonomi terbabit.
“Ia menghimpunkan produk usahawan Melayu Muslim dalam pasar raya dan usaha ini perlu disokong bagi meningkatkan ekonomi usahawan dalam pasca penularan pandemi COVID-19,” katanya berucap merasmikan Malakat Mall di sini.
Hadir sama, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin.
Pasaraya Malakat Mall di Masjid Tanah adalah cawangan kedua di negara ini selepas beroperasi di Cyberjaya, Selangor tahun lalu.
Pasar raya yang dibantu 165 pekerja kalangan anak jati Masjid Tanah itu dicadang dibuka 24 jam menjelang Ramadan ini untuk kemudahan masyarakat mendapatkan perkhidmatan ditawarkan pada bila-bila masa.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
