Sorting by

×

Pekarangan pejabat MHI dinaiki air hampir 0.5 meter

Masa Membaca:54 Saat

AYER KEROH 5 Mac. – Hujan lebat sejak jam 2.30 petang tadi mengakibatkan pekarangan pejabat Melaka Hari Ini (MHI) di Rumah Media Melaka, di sini digenangi air hampir 0.5 meter.

Kejadian banjir kilat itu dipercayai berpunca daripada longkang tersumbat sehingga mengakibatkan ia tidak dapat berfungsi sempurna dan menyekat aliran air hujan.

Seorang kakitangan Melaka Hari Ini (MHI), Nizamin Sapian, 29, berkata, hujan lebat lebih sejam itu mengakibatkan air naik mendadak.

 

Katanya, kereta yang diparkir di hadapan pejabat terpaksa dialihkan susulan keadaan hujan yang masih belum reda sehingga kini.

“Bagaimanapun kami bersyukur, air tidak melimpah sehingga memasuki ke dalam pejabat, hanya tempat parkir kenderaan sahaja dinaiki air.

“Kejadian banjir kilat ini bukan pertama kali, malah berlarutan sejak 2015 setiap kali hujan lebat melebihi satu jam.

“Kami berharap pihak berkenaan dapat mengambil tindakan bagi mengatasi segera masalah banjir kilat ini,” katanya ketika ditemui di pejabat MHI di sini, hari ini.

Setakat jam 4 petang tadi, hujan mulai reda, namun pekarangan pejabat MHI masih digenangi air dan air belum surut sepenuhnya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

340
Kongsi :
Previous post Fasa kedua program imunisasi bermula 19 April di lapan negeri
Next post Buffet Ramadan ala kampung, persembahan kebudayaan di MMACP
Ubah saiz-+=