PDRM merancang perbesar Unit K9

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

LANGKAWI 4 April. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam perancangan memperbesar Unit Anjing Pengesan (K9) bagi memantapkan lagi perkhidmatannya, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Katanya pada masa ini K9 dianggotai 118 handlers dan 72 anjing aktif.

“Yang dah semi-retired (kurang aktif dan separuh bersara) kita ada 45 ekor, kita akan mendapatkan lagi (tambahan anjing) yang dah diluluskan, hanya tunggu perolehan saja,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

ANGGOTA Unit K9 melakukan demonstrasi tugas. Foto Facebook IPK Kedah

Beliau ditemui selepas merasmikan Seksyen K9 Langkawi Bahagian Bantuan Teknik D6 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) PDRM yang turut dihadiri Ketua Polis Kedah Datuk Hasanuddin Hassan.

Mengulas penubuhan unit K9 di Langkawi, Abdul Hamid optimis khidmat lima anjing K9 yang ditempatkan di pulau peranginan tersebut dapat meningkatkan lagi keyakinan pelancong.

“(Penubuhan Unit K9 Langkawi) Selepas dua tahun, idea dan cadangan daripada anak buah saya, perlunya tempatkan (Unit) K9 di Langkawi. Pulau Langkawi terkenal di seluruh dunia dan perlu ada satu pasukan polis yang lengkap serba-serbi,” katanya.

SIAP siaga…anggota Unit K9 Langkawi bersama anjing terlatih. Foto Facebook IPK Kedah

 

Mengulas lanjut, beliau berkata empat daripada lima ekor anjing berkenaan masing-masing ditugaskan untuk mengesan bahan letupan dan dadah manakala seekor lagi digunakan untuk kes jenayah lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1729
Kongsi :
Previous post Neelofa, suami berdepan tindakan kompaun jika terbukti langgar SOP
Next post Polis nafi anggota meninggal kerana komplikasi vaksin COVID-19
Ubah saiz-+=