
Timbalan menteri luar adakan lawatan rasmi ke Turki, Qatar, Iran
KUALA LUMPUR 31 Mac – Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar akan mengadakan lawatan rasmi ke Turki, Qatar dan Iran mulai esok hingga 6 April.
Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan hari ini berkata lawatan berkenaan memperlihatkan betapa Malaysia memberi perhatian terhadap hubungan dan kerjasama dengan tiga negara di Asia Barat itu.
Sempena lawatan itu, Kamarudin dijadual bertemu rakan sejawatannya dan pihak berkepentingan yang lain.
“Agenda utama adalah untuk memperkukuhkan lagi kerjasama sedia ada, termasuk perkara berkaitan pemulihan pasca pandemik COVID-19, serta bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama,” kata kenyataan itu.
Lawatan berkenaan dilaksanakan di bawah prosedur operasi standard (SOP) yang ketat seperti dipersetujui Kementerian Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara serta pihak berkuasa kesihatan Turki, Qatar dan Iran.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...