
2,140 saman trafik ‘langsai’ dalam tempoh 2 hari
BANDA HILIR 27 Mac – Sebanyak 2,140 saman trafik berjaya dilangsaikan bersempena Hari Polis ke-214 yang menawarkan potongan 50 peratus bayaran saman di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah setakat semalam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, jumlah itu melibatkan seramai 633 pembayar saman yang merebut peluang itu sejak kaunter semakan dan bayaran saman IPD Melaka Tengah dibuka pada Khamis lalu.

Menurutnya, nilai keseluruhan pembayaran saman itu berjumlah RM316,600 yang dibayar menerusi tunai dan juga kad kredit.
“Hari ini merupakan hari terakhir potongan 50 peratus bayaran saman yang mana kita nasihatkan orang ramai agar datang lebih awal memandangkan kaunter hanya dibuka sehingga jam 4 petang.
“Kita menjangkakan kehadiran orang ramai akan meningkat pada hari ini memandangkan ia jatuh pada hari cuti.
“Apapun, kita minta semua yang hadir agar patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan rebutlah peluang untuk melangsaikan saman-saman tertunggak anda,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...