Meat Cartel American BBQ Melaka Galak buka cawangan ke 18 di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

DUYONG 26 Mac – Terkenal dengan negeri pelancongan, sudah pasti ia menjadi pilihan Meat Cartel American BBQ bagi pembukaan cawangan yang ke-18 di Melaka.

Pemilik bersama Meat Cartel American BBQ Melaka, Muhammad Farid Madzlan berkata, menyajikan menu ala-Barat sudah tentu ia mampu menarik pelancong bertandang ke restoran itu.

MUHAMMAD Farid bersama staf Meat Cartel American BBQ Melaka.

“Kita pilih lokasi di Duyong sebab sini banyak tinggalan sejarah seperti Perigi Hang Tuah dan kawasan penempatan orang Melayu.

“Malah Duyong menjadi penghubung dengan kawasan Kandang, Ayer Molek, Bukit Katil dan Bukit Baru.

“Empat kawasan ini boleh mencecah kira-kira 30,000 penduduk dan saya percaya 10 peratus daripada mereka akan datang ke restoran ini,” katanya kepada MHI sempena pembukaan Meat Cartel American BBQ Melaka, hari ini.

Jelasnya, dengan adanya restoran itu, secara tidak langsung dapat membantu sektor pelancongan di Melaka.

EL-Camino salah satu menu yang menjadi kesukaan pelanggan.

“Untuk permulaan kita buka tingkat bawah dahulu untuk pelanggan, jika sambutan menggalakkan baru kita buka sebelah atas pula untuk pelanggan.

“Pelbagai menu menarik disediakan termasuklah pakej untuk keluarga, ‘platter’, menu sampingan dan terbaru menu burger,” katanya.

Katanya, bagaimanapun bagi pembukaan awal restoran itu pihaknya hanya menyasarkan kira-kira 500 pelanggan yang bakal berkunjung ke restoran itu pada hujung minggu.

“Kalau hujung minggu ada sasaran permulaan mengikut kapasiti kedai dalam 40 orang pada satu masa, mungkin kalau hujung minggu boleh sampai 500 pelanggan,” katanya Meat Cartel mula beroperasi sejak 2018.

Hadir sama, Pemilik Meat Cartel American BBQ Melaka, Ismail Abdullah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2027
Kongsi :
Previous post Curi elektrik demi Bitcoin, TNB rugi RM9 juta
Next post FAMA sasar RM500,000 menerusi penganjuran MAM 2021
Ubah saiz-+=