Sorting by

×

Dua parah, tiga cedera ringan dalam kemalangan tiga kenderaan

Masa Membaca:56 Saat

BEMBAN 23 Mac – Dua parah manakala tiga lagi cedera ringan selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Tehel – Bemban berhampiran sebuah ladang di sini pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Katil, Penguasa Bomba Zulhazwan Abd Aziz berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam memaklumkan mengenai kemalangan membabitkan motosikal, van kilang dan kereta di lokasi kejadian pada jam 7.56 pagi tadi.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian anggota bomba mendapati terdapat seorang lelaki dan wanita parah manakala tiga lagi lelaki cedera ringan.

“Bagaimanapun, semua mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum anggota bomba tiba.

“Dua mangsa yang parah dibawa ke Hospital Melaka menaiki ambulan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) manakala tiga lagi mangsa yang cedera ringan menerima rawatan awal oleh pasukan Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS),” katanya.

Beliau berkata, pihaknya berdepan cabaran untuk tiba di lokasi kejadian yang jaraknya kira-kira 14 kilometer dari BBP Bukit Katil ke lokasi kejadian selain berlaku kesesakan lalu-lintas untuk tiba di lokasi itu.

“Operasi menyelamat tamat kira-kira jam 8.45 pagi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1162
Kongsi :
Previous post Tiga individu direman siasatan kes rasuah projek pelitup muka bernilai RM9 juta
Next post Polis rampas 79 mesin lombong bitcoin, tahan dua lelaki
Ubah saiz-+=