
Melaka catat 12 kes jangkitan baharu, sifar kematian
AYER KEROH 22 Mac. – Sebanyak 12 kes baharu jangkitan COVID-19 direkodkan di Melaka hari ini, meningkat dua kes berbanding 10 kes semalam.
Berdasarkan infografik di Facebook Jabatan Kesihatan negeri daripada jumlah itu, sembilan membabitkan jangkitan tempatan, manakala bakinya adalah jangkitan banduan atau OKT atau PATI.
Sementara itu, kes aktif membabitkan seramai 137 individu dengan dua daripadanya sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka termasuk seorang memerlukan bantuan alat pernafasan.
Kes kematian kekal 21 orang manakala kes sembuh baharu sebanyak 16 termasuk satu kes import, menjadikan keseluruhan kes sembuh setakat ini seramai 6,140.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JURUTERA RUGI LEBIH RM1.1 JUTA ANGKARA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 22 April - Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung...
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...