Sorting by

×

MAQIS Selangor rampas 25 tan buah kurma dari Arab Saudi

Masa Membaca:54 Saat

KLANG 22 Mac. – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) negeri Selangor berjaya menggagalkan cubaan sebuah syarikat tempatan, membawa masuk 25,200 kilogram buah kurma dari Arab Saudi di Pelabuhan Klang Barat, di sini pada Sabtu lalu.

Pemangku Pengarah MAQIS Selangor Zamri Hashim dalam satu kenyataan hari ini berkata, rampasan itu dibuat selepas pemeriksaan rutin yang dilakukan pegawai penguat kuasa MAQIS kira-kira jam 11 pagi.

Menurutnya barang dagangan itu yang dianggarkan bernilai RM141,229.44, ditahan kerana tidak mematuhi syarat seperti mana dinyatakan pada permit import MAQIS, iaitu tidak mematuhi Sijil Perakuan 3P Penggredan, Pembungkusan, dan Pelabelan.

Beliau berkata kegagalan mengemukakan maklumat tersebut adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara maksimum enam tahun atau keduanya sekali, di bawah Seksyen 15(2) Akta yang sama.

Katanya lagi, pihaknya mengambil serius dalam isu melibatkan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak, yang boleh mengancam kelestarian makanan negara.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

693
Kongsi :
Previous post KM terima kunjung hormat Nancy sempena lawatan kerja rasmi ke Melaka
Next post Jalan perlu ditutup jika alih struktur berat
Ubah saiz-+=